Thursday, 27 March 2014

Assalamualaikum Cinta

Cinta,
Hadirya tanpa diundang
Perginya tanpa diduga
Jatuh cinta?
Itu perkara biasa.
Namun,
Hati ini belum dimiliki oleh sesiapa
Dari dahulu hingga kini,
Aku masih menanti
Seorang lelaki yang sesuai dan layak untuk menjaga hati ini,
Maaf andai banyak cinta yang telah ku tolak
Bukan aku tak sudi
Tapi diri ini masih belum bersedia
Aku percaya suatu hari nanti
Pasti akan datang seorang lelaki yang akan menjadi peneman diri ini
Aku akan terus menunggu
Kerana aku percaya Janji Allah itu pasti
Kalau dah jodoh pasti bertemu,

Salam Cinta,
Asma Husna

Doodles

Doodles...ehh doodles ni apa yer???Aku pun kurang pasti sebenarnya maksud doodle ni...Korang google sendiri lah maksud dye k..Tapi aku rasa doodle ni macam lukisan yang penuh dengan lukisan.Ehh macam mana tu ..Entah lah Labu..Korang tengok sendiri lah dekat bawah ni...



aku pun baru berjinak-jinak dalam doodles ni sebab aku rase cantik sangat lukisan dia.Tapi aku baru lukis satu jer lukisan ,yerlah baru mula berjinak-jinak kan.Kalau ada masa baru aku akan lukis atau datang mood . Korang tengok lah dekat bawah ni yer ^_^

Yang dekat atas tu belum warna lagi...


Wednesday, 26 March 2014

Beg Sekolah Yang Hancur

Haaa....tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita apa...Cerita dye pasal beg sekolah lahh....Tak sampai 3 bulan pakai dah rosak,hancur ,musnah akibat kecuaian sendiri.Beg sekolah tu sebenarnya luntur warna sebab dah lama kena rendam dengan clorox...Tu pun mak aku suruh aku pergi jemur dekat luar,masa nak gi ambil beg tu lah tengok beg tu dah tak da rupa....Haishhh...Nak nangis pun ada tengok....Beg yang asalnya warna kelabu + Putih kini bertukar manjadi Kelabu+Putih+Coklat.Korang tengok lah beg aku dekat bawah ni..Aku dah ambil gambar untuk buktinya...Hehehe...

Dah tahu beg rosak apalagi teruslah mintak beg baru...pujuk punya pujuk akhirnya ayah aku bagi jugak beli beg baru atas alasan yang munasabah. Aku cakap nak beli beg yang elok sikit.Elok tu maknanya mahal lah.Tapi ada jugak beg murah yang elok yer.Tapi diri ini tetap nak beg yang berjenama. Dasar tak reti bersyukur. 

p/s: kalau korang nak beli beg biarlah mahal sikit asalkan tahan lama. Aku pun nak beli yang mahal sebab nak pakai untuk tahun ni dan tahun depan. Beg baru akan dibeli tak lama lagi. Nanti dah beli baru post gambarnya yer...Bye bye.